MENJANA PEWARIS ANBIA

PENGENALAN

MUQADDIMAH

 

Huffaz cemerlang adalah generasi Al-Quran di zaman Rasulullah S.A.W, tabi’in,tabi’ tabi’in, para imam mujtahidin, para salafussoleh, dimana Al-Quran sentiasa dibibir dan dihati mereka,sehingga roh Al-Quran itu hidup subur dalam setiap gerak langkah kehidupan mereka.

            Oleh itu, inisiatif MTK ditubuhkan adalah untuk melahirkan huffaz cemerlang yang mengikut jejak langkah golongan tersebut di atas.

Antara keutamaan yang dititikberatkan di MTK adalah;

1-Mengutamakan pendidikan Al-Quran secara hafazan menyelulruh.

2-Membudayakan masyarakat yang celik dan cintakan Al-Quran.

3-Mempraktikan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan.

4-Mengetengahkan kesenian Islam sebagai warisan.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN MADRASAH TAHFIZ AL-KAYYIS

  • Melahirkan huffaz yang mantap hafazan Al-Quran dan bersedia untuk diketengahkan kepada masyarakat sebagai imam.
  • Melahirkan generasi beriman, bertaqwa, berakhlak dan beramal dengan Al-Quran dan sunnah Nabi S.A.W.
  • Merealisasikan pendidikan tahfiz Al-Quran secara sistematik sebagai alternatif kepada system pendidikan yang sedia ada.
  • Mencapai matlamat satu keluarga seorang Al-Hafiz.

 

KURIKULUM PENGAJIAN
 

  • Hafazan Al-Quran 30 juzuk.
  • Fardhu Ain ( Asas Solat dan Bahasa Arab ) Matan Abi Syuja’.
  • Kesenian Islam (Khat, Seni Tampak dan Kraftangan )

 

Contact

Zolkornain Bin Tan

alkayyis04@gmail.com

Madrasah Tahfiz Al-Kayyis,
Masjid Lama Merbau Kudong,
Sungai Dua, 13800, Butterworth,
Pulau Pinang, Malaysia.

012 566 1300, 017 4646921

Search site

© 2008 All rights reserved.

Make a website for freeWebnode