MENJANA PEWARIS ANBIA

SEJARAH PENUBUHAN

 

 

SEJARAH PENUBUHAN MADRASAH TAHFIZ AL-KAYYIS ( MTK )

( NO. PENDAFTARAN : JAIPP/PEND/03-BW-(R) 0018 )

Madrasah Tahfiz Al-Kayyis ( MTK ) telah ditubuhkan pada tanggal 26 Disember 2004. Bertempat di sebuah rumah berkembar dua pintu bersebelahan Masjid Jamek Kubang Semang, Bukit Mertajam. MTK telah memulakan operasi dengan khidmat seorang guru dan seorang tukang masak. Di awal penubuhan, MTK hanya mempunyai 9 orang pelajar berdaftar. Berkat kesungguhan pengasas dan sokongan ibubapa serta komitmen para pelajar, MTK telah berjaya menarik minat orang ramai untuk merealisasikan satu keluarga seorang Al-Hafiz dan seterusnya menambah bilangan pelajar.

Bagi menampung bilangan pelajar yang kian bertambah, MTK terpaksa berpindah ke lokasi lain yang lebih selesa, iaitu sebuah rumah 2 tingkat bersebelahan sebuah surau di Taman Wira Telok Air Tawar Butterworth. Dalam masa yang sama pihak pengurusan MTK berusaha memohon kebenaran dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang supaya MTK dapat beroperasi di Masjid Lama Merbau Kudong yang bakal ditinggalkan setelah Masjid Jamek Al-Marbawi siap dibina. Alhamdulillah dengan sokongan Pengerusi dan AJK Qaryah serta dorongan dari ADUN Sungai Dua, MTK dibenarkan untuk beroperasi di Masjid Lama Merbau Kudong sekaligus mengimarahkan masjid yang telah ditinggalkan. Pihak pengurusan telah melakukan sedikit pengubahsuaian pada masjid yang sedia ada bagi memudahkan pentadbiran seperti pejabat mudir, asrama, tandas, kolah dan tempat wuduk.

Sejajar dengan tema “MENJANA PEWARIS ANBIA’ “ MTK amatlah menitikberatkan hafazan Al-Quran secara menyeluruh dan sistem tarbiyah yang berteraskan sunnah sahih yang diamalkan melalui cara hidup para salafussoleh agar rohani, pemikiran dan perasaan pelajar MTK sentiasa mencetuskan akhlak Al-Quran untuk diketengahkan kepada masyarakat.

                                                “Menjana Pewaris Anbia’ “

 

 

 

 

Contact

Zolkornain Bin Tan

alkayyis04@gmail.com

Madrasah Tahfiz Al-Kayyis,
Masjid Lama Merbau Kudong,
Sungai Dua, 13800, Butterworth,
Pulau Pinang, Malaysia.

012 566 1300, 017 4646921

Search site

© 2008 All rights reserved.

Create a website for freeWebnode